Program Place & Train
PROGRAM PLACE & TRAIN selama 5 bulan
Program ini bertujuan untuk membina semula kemahiran modal insan melalui program bertajuk MENJANA PRESTASI POSITIF MELALUI LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIGITAL. Peserta sasaran ialah mereka yang masih mencari pekerjaan atau yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19.
Program ini dijalankan secara atas talian. Setiap peserta akan menerima elaun latihan, elaun penginapan, elaun makan dan penempatan internship semasa menjalani program ini. Harap program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Kepada yang berminat untuk mengikuti program ini boleh menghantar maklumat diri (Nama, No kad pengenalan, No Telefon, Emel dan Alamat) ke alamat emel tamanbidarapermai@pjk.com.my.
