Pertandingan Usahawan Baru Online Pusat Internet
Pusat Internet Taman Bidara Permai akan mengadakan Pertandingan Usahawan Baru Online Pusat Internet. Peserta akan diberi tunjuk ajar untuk menjual produk jualan di Shopee / Lazada. Modul akan diberi oleh petugas Pusat Internet. Pertandingan ini terbuka kepada semua Ahli Pusat Internet yang berumur 18 Tahun dan ke atas. Kepada yang berminat untuk sertai pertandingan ini, boleh berkunjung ke Pusat Internet Taman Bidara Permai untuk mengisi borang pendaftaran pertandingan.
Tarikh tutup pendaftaran 15 OGOS 2020 (Sabtu)
