Pertandingan Mobile Legend Pusat Internet Komuniti

Maklumat Setempat | March 19, 2021

Untuk makluman Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Bidara Permai akan mengadakan program E-Sukan iaitu Pertandingan Mobile Legend. Pusat Internet Komuniti Taman Bidara Permai sedang mencari 2 kumpulan yang terdiri 5 pemain + 1 simpanan bagi setiap kumpulan untuk mewakili pusat internet. 

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

– Berumur 12 hingga 35 Tahun

– Satu kumpulan terdiri 5 pemain + 1 simpanan

– Ahli Pusat Internet Komuniti. Bagi yang belum menjadi ahli boleh mendaftar dengan yuran RM 5.00 bagi ahli baru.

– Yuran penyertaan bagi 1 kumpulan ialah RM 50.00

– TARIKH PERTANDINGAN : 3 April 2021 – 5 April 2021

 

Peserta yang berminat sila berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Taman Bidara Permai untuk mendaftar atau Whatsapp nombor yang tertera di poster

 

0176121205 0173575475