Kisah Kejayaan Celik IT 4th Quarter 2020

Kisah Kejayaan | January 4, 2021

Nama

: Syameel Haizzriel Bin Mohd Shahrin

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Syameel merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan merupakan ahli Pusat Internet. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan komputer serta capaian internet untuk kegunaan peribadi dan persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Syameel mempunyai asas penggunaan komputer dan internet. Tetapi, kemahiran menggunakan komputer amat lemah. Sejak memasuki alam sekolah menengah Syameel mengalami kesukaran menyelesaikan segala tugasan sekolah kerana kurang pengetahuan menggunakan komputer seperti menggunakan Microsoft Office (Word, Power Point).

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila berkunjung ke pusat internet, beliau dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer terutama ketika melakukan carian maklumat persekolahan. Selain mempelajari penggunaan komputer dan internet untuk kegunaan pelajaran beliau juga memanfaatkan kemudahan yang ada untuk mempelajari cara-cara menyunting video dan gambar. Bimbingan serta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet banyak membantu beliau agar lebih cekap melakukan segala tugasan.

20200910 170909