Kisah Kejayaan Celik IT 3rd Quarter 2024
|
Nama |
: Nurul Asyiqin Binti Zainal |
|
Umur |
: 12 tahun |
|
Ahli |
: 2024 |
Latar belakang
Nurul Asyiqin merupakan ahli NADI Taman Bidara Permai. Beliau diberi galakkan oleh kedua ibu bapa nya untuk hadir ke NADI mempelajari ilmu-ilmu ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Nurul Asyiqin mempunyai kemahiran asas ICT tetapi kemahirannya terhad. Beliau tidak mahir menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam komputer terutamanya aplikasi Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah diberi tunjuk ajar dan mengikuti kelas kendalian NADI, terutamanya kelas ICT, beliau kini lebih mahir dalam menggunakan komputer untuk melaksanakan tugasan-tugasan sekolah dan kegunaan peribadi. Selain itu, dapat meningkatkan kecenderungan beliau dalam mendalami lagi ilmu-ilmu ICT untuk kegunaan pada masa hadapan.
