Kisah Kejayaan Celik IT 3rd Quarter 2020

Kisah Kejayaan | September 1, 2020

Nama

: Mohamad Nabil Bin Nasir

Umur

: 13 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Mohamad Nabil merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan merupakan ahli Pusat Internet. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan komputer serta capaian internet untuk kegunaan peribadi dan persekolahan. Galakkan daripada ibu bapa untuk menambah pengetahuan dalam dunia teknologi membuatkan beliau ingin belajar perkara baru mengenai dunia digital.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Mohamad Nabil mempunyai asas penggunaan komputer dan internet. Tetapi, penggunaannya terhad kerana ketiadaan teknologi seperti komputer di rumah. Sejak memasuki alam sekolah menengah Mohamad Nabil mengalami kesukaran menyelesaikan segala tugasan sekolah kerana melibatkan carian laman sesawang serta latihan atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila berkunjung ke pusat internet, beliau dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer terutama ketika melakukan carian maklumat persekolahan. Selain mempelajari penggunaan komputer dan internet untuk kegunaan pelajaran beliau juga memanfaatkan kemudahan yang ada untuk mempelajari cara-cara menyunting video dan gambar. Bimbingan serta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet banyak membantu beliau agar lebih cekap melakukan segala tugasan.

20200824 111432