ICDL Asia Digital Challenge 2024
Pihak Danawa Education ada menganjurkan ICDL ASIA DIGITAL CHALLENGE 2024. ICDL Asia Digital Challenge 2024 adalah pertandingan berprestij yang telah mendapat penyertaan lebih 29,000 pelajar dan 500 sekolah di 18 negara di rantau Asia Pasifik. Pada tahun ini, penyertaan terbuka bagi kategori pelajar-pelajar Sekolah Rendah, sebagai tambahan kepada kategori yang kebiasaanya disertai oleh pelajar-pelajar sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi sahaja.
