Kisah Kejayaan Celik IT 1st Quarter 2021

Kisah Kejayaan | April 4, 2021

Nama

: Asyura Binti Razali

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 2021

 

Latar belakang

Asyura merupakan pelajar sekolah rendah. Beliau mendapati pengetahuan mengenai komputer dan teknologi adalah penting baginya untuk memudahkan segala urusan pembelajaran dan persekolahannya.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Asyura tidak mahir menggunakan komputer kerana tiada pendedahan mengenainya sebelum ini. Beliau juga tidak mengetahui fungsi serta peranan komponen-komponen komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila berkunjung ke pusat internet, ibu bapanya menggalakkannya untuk belajar kemahiran komputer. Beliau diberi tunjuk ajar cara menggunakan komputer seperti cara menaip menggunakan Microsoft Word serta pendedahan mengenai fungsi setiap komponen komputer. Asyura sering berkunjung ke Pusat Internet apabila mempunyai masa terluang untuk mengulangkaji pelajaran dan menjawab soalan kuiz dalam talian yang dibekalkan oleh gurunya.

20210107 115957