Maklumat NADI

Maklumat NADI | November 27, 2014

NADI

       Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bidara Permai, Alor Gajah, Melaka mengucapkan SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH kerana sudi melawat portal NADI kami. NADI ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad, MSD Digital Intelligence Sdn Bhd dan Kerajaan Negeri, yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Selain itu, NADI turut menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer dan latihan ICT untuk warga komuniti tempatan bersama kelengkapan dan teknologi terkini dengan kadar bayaran perkhidmatan yang berpatutan. 

       Kehadiran anda pada NADI kami adalah amat dialu-alukan kerana kami sedia memberikan perkhidmatan kepada anda semua. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. 

WAKTU OPERASI 1

LOKASI NADI TAMAN BIDARA PERMAI

maps

FACEBOOK PAGE NADI TAMAN BIDARA PERMAI

Facebook Cover

PETUGAS NADI TAMAN BIDARA PERMAI

PENGURUS       : Hazlini binti Omar

PENOLONG PENGURUS : Nurain Sabrina binti Ahmad